Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang
pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai
yang tidak menyedari bahawa ia juga memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perindustrian yang mengeluarkan
asap-asap yang tidak ditapis boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal
ini kerana, asap yang tidak ditapis mengandungi karbon monoksida yang tinggi
dan boleh menyebabkan jerebu.Tambahan lagi, pembuangan sisa-sisa toksik daripada
kilang-kilang kedalam sungai yang berhampiran dengan kawasan perindustrian
boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.
Selain itu,kegiatan pembangunan dan
penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan
tanah berlaku.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti
kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan
seperti penggunaan racun serangga di lading-ladang, pertanian pindah dan
sebagainya.
Kesimpulannya,punca utama kemusnahan alam
sekitar berlaku adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri yang tidak
mempunyai nilai sensitiviti terhadap isu-isu sosial dalam kalangan masyarakat
sejagat. .Semailah rasa sayang akan alam sekitar, patuh kepada undang-undang
yang telah ditetapkan ,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan dalam diri setiap
induvidu supaya alam sekitar kita terpelihara dan dapat diwariskan kepada
generasi yang akan datang dalam keadaan baik. .
0 comments:
Post a Comment