Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 28 March 2013

Teks Pencemaran


Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar.

Kegiatan-kegiatan perindustrian yang mengeluarkan asap-asap yang tidak ditapis boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal ini kerana, asap yang tidak ditapis mengandungi karbon monoksida yang tinggi dan boleh menyebabkan jerebu.Tambahan lagi, pembuangan sisa-sisa toksik daripada kilang-kilang kedalam sungai yang berhampiran dengan kawasan perindustrian boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah berlaku.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan seperti penggunaan racun serangga di lading-ladang, pertanian pindah dan sebagainya.

Kesimpulannya,punca utama kemusnahan alam sekitar berlaku adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri yang tidak mempunyai nilai sensitiviti terhadap isu-isu sosial dalam kalangan masyarakat sejagat. .Semailah rasa sayang akan alam sekitar, patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan ,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan dalam diri setiap induvidu supaya alam sekitar kita terpelihara dan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang dalam keadaan baik. .