Pages

Labels

Powered by Blogger.

Wednesday, 24 April 2013

Pameran BMM3105




Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

InsyaAllah, pada 26 April 2013, Jumaat, bertempat di Pusat Sumber Al Kindi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, akan diadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Bahasa Melayu Dekad Kini dan Akan Mendatang (BMM3105).

Pameran ini merupakan anjuran Guru Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester Tiga dan Program Pensiswazahan Guru di bawah Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA.


Anda dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara dan aktiviti pameran pada hari tersebut .

Tuesday, 23 April 2013

Tapak Pembelajaran

Format Mingguan Topik 6

Cara Membuat WEBNOTE

Tapak Pembelajaran Topik 5

Tatabahasa : Kata Kerja

Format Mingguan Topik 4

Format Minggu 3

ASPEK-ASPEK PENTING KEMAHIRAN BERBAHASA


Aspek-aspek penting kemahiran mendengar


Proses mendengar

Mendengar merupakan satu proses yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang pendengar, seharusnya mempunyai mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar dengan tajam dan sekali gus memahami maklumat tersebut. Pendengar juga harus bijak menapis dan menilai serta menerima input yang benar-benar mustahak dan relevan. Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu:

a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
b) Memahami bunyi-bunyi bahasa
c) Menilai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa

Peringkat kemahiran mendengar

AWAL
- Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
- Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat
- Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan
- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
- Mengingat perkataan mudah dengan tepat
- Memadankan perkataan dan ayat

PERTENGAHAN
- Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara terperinci
- Mengenal maklumat khusus
- Mengesan urutan
- Mengenal pasti sebab dan akibat
- Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi
- Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap

MAJU
- Mengenal isi-isi penting
- Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang bercakap
- Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan
- Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
- Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
- Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk struktur nahu

Jenis kemahiran mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan mendengar secara pasif.

a) Mendengar secara aktif
Kemahiran mendengar aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna iaitu perkara yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang dimaksudkan oleh penutur. Kemahiran ini digunakan secara meluas dalam pelbagai situasi seperti mendengar kuliah, perbualan harian, sesi kaunseling, dan pihak pengurusan memberikan arahan kepada pekerja. Mendengar secara aktif merupakan satu kemahiran yang dapat digunakan untuk mempertingkat keupayaan memahami dan menelah maklumat verbal. Tujuan kemahiran mendengar aktif adalah untuk memberi kefahaman antara pendengar dengan penutur dan sebagai satu latihan untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada ujaran penutur.

i. Mendengar secara bertelau-telau
Biasanya pelajar bahasa kedua. Kurang mampu mendengar dan memahami bahagian-bahagian tertentu ujaran. Tidak berjaya untuk membentuk konsep makna. Biasanya amat jarang menggunakan bahasa tersebut.

ii. Mendengar tanpa tindak balas
Keadaan ini terjadi apabila pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan antara kata dalam ayat yang diucapkan. Kesannya, pendengar tidak bertindak balas terhadap apa yang didengar.

iii. Mendengar secara menebuk-nebuk
Pendengar memilih apa yang mahu didengar kerana daya kefahaman yang masih rendah serta dipengaruhi minat dan sikap.

iv. Mendengar secara beremosi
Pada peringkat ini, pendengar telah mula memahami bahasa. Reaksi berbeza antara pendengar berdasarkan kefahaman.

v. Mendengar secara berhati-hati
Peringkat ini, pendengar mendengar secara teliti dan bersungguh-sungguh dan menumpukan pendengaran terhadap kata, rangkai kata, ayat satu demi satu. Biasanya dilakukan untuk belajar bertutur secara intensif.

vi. Mendengar secara kritikal
Ini adalah peringkat penguasaan bahasa yang baik. Pendengar berupaya memilih dan menentukan perkara yang benar atau palsu, kekuatan dan kelemahan, kekurangan atau kelebihan dan sebagainya. Pendengar juga berupaya berfikir secara kritis dan analitis.

vii. Mendengar dengan pengamatan
Pendengar yang mampu memikir secara kritikal apa yang didengar dan mampu memahami ujaran terutama berkaitan dengan pengalaman.

viii. Mendengar secara kreatif
Peringkat pendengaran yang paling tinggi kerana dapat mentafsir, mengkritik, menganalisis dan membuat ulasan yang bernas. Pendengar boleh menggubah sesuatu apabila mendengar sesuatu percakapan yang baik.

b) Mendengar secara pasif
Kemahiran mendengar pasif merupakan kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah. Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas, iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang menunjukkan sama ada dia faham perkara yang diperkatakan ataupun tidak. Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran yang didengarinya.

Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan memberikan tanggapan yang tidak menepati maksud penutur. Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan menyatakan semula perkara yang didengar itu. Kemahiran mendengar ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pendengar bahasa kedua. Keadaan ini berlaku kerana kelemahan mereka dalam bahasa tersebut menyebabkan mereka tidak mampu mendengar dengan baik, membina konsep, memparafrasa dan memahami ujaran yang diperdengarkan.

Aspek-aspek penting kemahiran bertutur

Tujuan bertutur

Pertuturan akan berlaku atas tujuan-tujuan tertentu. Ujaran akan dapat disusun dengan baik dan laras bahasa yang sesuai dapat digunakan jika mengetahui tujuan kita bertutur. Secara umumnya, tujuan bertutur dapat dikategorikan kepada lima iaitu:

a) bertutur untuk tujuan memaklumkan
b) bertutur untuk tujuan mempengaruhi
c) bertutur untuk tujuan keseronokan
d) bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah
e) bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea

Aspek-aspek pertuturan

Terdapat beberapa aspek pertuturan yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur iaitu

i. Sebutan : murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii. Tekanan : merupakan cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

iii. Intonasi : adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Contohnya, ayat tanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat.

iv. Nada : nada adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bahasa Melayu, nada bersifat fonemik.

v. Mora (panjang-pendek) : merupakan kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Penggunaan unsur ini ketara dalam bahasa Inggeris dan Arab.

vi. Jeda (persendian) : ia digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

vii. Tatabahasa : tatabahasa ialah satu system yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Untuk memperoleh pertuturan yang baik, aspek ini harus ditekankan.

viii. Kelancaran : bermaksud murid-murid boleh bertutur dengan baik, kemas dan teratur. Semasa bercakap, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix. Kefasihan : murid-murid boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar. Selain itu, penutur juga boleh membunyikan suku kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan secara jelas dan tepat.

x. Laras bahasa : hal ini bermaksud murid boleh menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai.


Peringkat-peringkat kemahiran bertutur

Terdapat tiga peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

AWAL
- Melafazkan pengucapan bertatasusila
- Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar
- Menyoal untuk mendapatkan maklumat
- Membuat teguran atau kenyataan mengenai situasi
- Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu
- Bertindak terhadap soalan mudah
- Memberi arahan
- Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya
- Membuat ayat-ayat daripada gambar yang diberi
PERTENGAHAN
- Membuat deskripsi tentang objek atau gambar
- Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
- Mendeskripsi pengalaman atau peristiwa
- Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu
- Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya
- Membaca iklan dan peraturan
- Memberi ucapan pendek dan mudah
- Mengambil bahagian dalam perbualan mudah
- Memberi komen secara mudah
- Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan
secara mudah
MAJU
- Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya
- Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
- Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog
- Bertanya untuk mendapatkan maklumat
- Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan
- Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat
- Memberi ceramah atau syarahan (teks disediakan)
- Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan dan lain-lain
- Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan
- Mendeklamasi puisi
- Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
- Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya
Jenis aktiviti bertutur
Di dalam bilik darjah , murid melakukan perbuatan bertutur lebih banyak daripada mendengar dan menulis. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti bertutur termasuklah menjawab soalan daripada guru dan rakan, bertanyakan soalan kepada guru, memberikan pendapat dan merumuskan hasil perbincangan kumpulan. Aktiviti bertutur seperti bercerita, berlakon, menyanyi, berbual dan berbincang dapat melatih murid bertutur bagi melahirkan idea, pendapat dan pandangan sesuai dengan tahap umur mereka. Antara aktiviti bertutur ialah
 Aktiviti bercerita
Aktiviti ini dapat memikat hati kanak-kanak kerana ia berunsur hiburan dan menyeronokkan. Oleh itu, murid akan dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru apabila aktiviti bercerita dijalankan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini seharusnya berfokus kepada murid iaitu murid sendiri diberi peluang untuk menyampaikan cerita. Bercerita dapat menggalakkan penguasaan kemahiran lisan dan perkembangan bahasa,meningkatkan kefahaman serta menyuburkan akal dan daya imaginasi murid. Murid juga diberi peluang untuk memilih cerita yang ingin mereka sampaikan seperti cerita dongeng, cerita binatang, pengembaraan dan sebagainya. Murid perlu menyatakan pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan. Selepas selesai bercerita, guru boleh menjalankan aktiviti bersoal jawab tentang cerita, berbincang mengenai watak yang terlibat dan peristiwa yang diceritakan dan sebagainya.
 Aktiviti berlakon
Berlakon melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan perlakuan yang dilakukan oleh watak-watak bagi menggambarkan keadaan sebenar. Murid menggemari aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertutur secara bebas, beraksi sesama sendiri dan berhibur dengan rakan sebaya. Terdapat beberapa jenis lakonan seperti lakonan spontan, lakonan tanpa suara dan lakonan patung. Murid juga digalakkan melakukan aksi atau melakonkan watak tertentu sambil bertutur.
 Aktiviti menyanyi
Aktiviti ini dapat membantu guru mencapai matlamat bagi mendorong kanak-kanak bersuara atau berkata-kata. Menyanyi juga dapat menjadikan pengajaran guru lebih menarik, memudahkan pemahaman, membantu murid mengingat kembali perkara yang telah dipelajari dan murid dapat menguasai perbendaharaan kata dan sebutan dengan lebih mudah. Sebagai seorang guru,
haruslah tahu menyesuaikan lirik lagu dengan peringkat umur murid agar objektif pengajaran dapat dicapai.
 Aktiviti berbual
Perbualan boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara langsung dan tidak langsung. Perbualan secara tidak langsung tidak banyak memerlukan persediaan oleh guru. Guru boleh berbincang dengan murid mengenai isu persekitaran dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Guru boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tentang beberapa perkara dan kemudian berfokus kepada satu topik yang dapat menarik minat murid bagi meneruskan perbualan selanjutnya. Semasa perbualan berlangsung, murid seharusnya dapat memberikan komen, pendapat, menerangkan sesuatu tanpa perasaan segan. Perbualan secara langsung pula dilakukan secara terancang oleh guru. Guru perlu memilih satu tajuk yang dapat memotivasikan murid untuk berbual. Selepas aktiviti tersebut, guru boleh meminta beberapa murid menceritakan semula isi atau sebarang perkara yang telah dibualkan oleh mereka.
 Aktiviti berbincang
Berbincang merupakan aktiviti mengeluarkan, menghujahkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih murid mengeluarkan buah fikiran dan pendapat dengan bernas. Dalam aktiviti ini, setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Kesannya, murid dapat mempertajamkan minda malah melatih kepetahan murid untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat . Pemilihan tajuk perbincangan perlulah mengikut tahap umur murid.
Aspek-aspek penting kemahiran membaca
Tujuan membaca
a) Tujuan serta merta
Tujuan ini berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. ‘Boleh membaca’ bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang panjang. Selain itu, boleh membaca juga bermaksud murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.
‘Boleh memahami’ pula ialah menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri dan menggunakan perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.
Tujuan serta-merta yang lain :
 Kanak-kanak boleh membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang betul.
 Kanak-kanak boleh membaca senyap tanpa sebarang gangguan.
 Mewujudkan sikap suka dan mahu membaca berterusan dan mencari pengertian apa yang dibaca.
 Menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan dan pengisi masa lapang untuk menambah pengetahuan.
b)Tujuan lanjut
Tujuan lanjut membaca bermatlamatkan sebagai alat penambah pengetahuan setelah keluar dari sekolah. Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapatkan bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan orang lain. Ianya juga bertujuan meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Bukan itu sahaja, tujuan lanjut bermatlamat sebagai latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur. Hal ini juga adalah untuk merapatkan lagi
diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.
Peringkat kemahiran membaca
Peringkat kemahiran membaca bermula daripada tahap paling asas hingga ke peringkat lebih tinggi. Peringkat ini dapat dibahagikan kepada enam tahap iaitu:
i. Persediaan membaca (kanak-kanak berumur 4-5 tahun) : pembaca telah terdedah dan biasa mendengar bunyi bahasa tersebut. Pada peringkat ini, dia mengetahui persamaan bunyi antara perkataan, belajar meramal bahagian seterusnya bagi cerita yang didengarnya dan mula mengenal beberapa perkataan bertulis yang biasa.
ii. Mengenal huruf (kanak-kanak berumur 6-7 tahun) : pembaca mengetahui hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu dan mula mengaplikasikan pengetahuan ini kepada teks bacaan. Hal ini menunjukkan pembaca telah memperoleh pengetahuan tentang ciri sesuatu huruf dan mempelajari persamaan simbol bunyi huruf.
iii. Pengesahan ( kanak-kanak berumur 8-9 tahun) : melibatkan pengesahan tentang pengetahuan yang telah diperoleh pada dua peringkat yang terdahulu dan mengukuhkan kelancaran dan kemahiran tersebut iaitu kemahiran mengenal ciri dan bunyi huruf semakin meningkat, di samping mula menambahkan kepantasan dan ketepatan mengenal huruf. Pada tahap ini, pembaca mula memberikan perhatian pada makna dan maklumat bercetak, di samping menggunakannya secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan membaca.
iv. Bacaan pengetahuan (kanak- kanak berumur 10-13 tahun) : pembaca telah memiliki kemahiran membaca yang diperlukan bagi membolehkannya membaca teks untuk menambahkan pengetahuan dan mendapatkan maklumat. Perbendaharaan kata mereka mula bertambah secara mendadak hasil daripada pendedahan terhadap perkataan-perkataan dalam teks yang dibaca.
v. Pandangan berganda (14-19 tahun) : pembaca berupaya menganalisis teks yang dibaca, memahamkan teks mengikut sudut pandangan yang berbeza dan bertindak balas secara kritikal terhadap teks.
vi. Membina dan menilai (tahap umur pelajar kolej atau universiti) : pembaca mula membaca secara berpilih-pilih dan membina pendapat sendiri terhadap teks yang dibaca. Mereka membentuk pengetahuan sendiri berdasarkan teks tersebut serta mengaitkan, menilai dan membezakannya dengan teks lain yang pernah dibaca.
Jenis kemahiran membaca
jenis kemahiran membaca
bacaan bersuara
(bacaan mekanis)
bacaan senyap
(bacaan akaliah/mentalis)
a) Bacaan

Thursday, 18 April 2013

Definisi dan Konsep Kemahiran Menulis


KEMAHIRAN MENULIS

Definisi kemahiran menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

Konsep kemahiran menulis

Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep menulis iaitu :


  • menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis
  • menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alfabet
  •  menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa
  • menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu makna
  • menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat

Definisi dan Konsep Kemahiran Membaca


KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

Konsep kemahiran membaca

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990), membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual. Tiga konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:

 membunyikan perkataan demi perkataan
 pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
 memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003), definisi membaca ialah:

 intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan
 proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik)
 keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-simbol tulisan
 gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

Definisi dan Konsep Kemahiran Bertutur


KEMAHIRAN BERTUTUR

Definisi kemahiran bertutur

Bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur berlaku semasa di peringkat produksi lagi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Model-model yang diperdengarkan seharusnya merupakan model-model yang baik bagi membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar.

Konsep kemahiran bertutur

 gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan
 berlaku di peringkat produksi iaitu berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya
 individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya
 dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina
 pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain
 keupayaan manusia mengujarkan kata-kata
 melibatkan individu berkata-kata atau bercakap
 penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna
 aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi

Definisi dan Konsep Kemahiran Mendengar


KEMAHIRAN MENDENGAR

Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya tanpa berfikir.

Konsep kemahiran mendengar

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti seni yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur. Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.

Konsep penting tentang pendengaran:
 merupakan gabungan daripada segala yang didengar, difaham dan diingat.
 berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
 individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya
 proses pendengaran dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi
 pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic dan berkesan
 pendengaran berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan
 pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi

Thursday, 28 March 2013

Teks Pencemaran


Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar.

Kegiatan-kegiatan perindustrian yang mengeluarkan asap-asap yang tidak ditapis boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal ini kerana, asap yang tidak ditapis mengandungi karbon monoksida yang tinggi dan boleh menyebabkan jerebu.Tambahan lagi, pembuangan sisa-sisa toksik daripada kilang-kilang kedalam sungai yang berhampiran dengan kawasan perindustrian boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah berlaku.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan seperti penggunaan racun serangga di lading-ladang, pertanian pindah dan sebagainya.

Kesimpulannya,punca utama kemusnahan alam sekitar berlaku adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri yang tidak mempunyai nilai sensitiviti terhadap isu-isu sosial dalam kalangan masyarakat sejagat. .Semailah rasa sayang akan alam sekitar, patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan ,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan dalam diri setiap induvidu supaya alam sekitar kita terpelihara dan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang dalam keadaan baik. .

Thursday, 17 January 2013

Topik 1: Enjin Carian

http://www.mediafire.com/view/?7i930hc76ob12wr

Topik 1 : Format Mingguan


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Minggu          : 1
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal  3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik             ____   : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

-       Menggunakan web, video, audio, teks dan imej
-       Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan
      bahan pengajaran bahasa Melayu.
-       Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog


Tarikh            :  2 JANUARI 2013 ( RABU )
Masa              :  2.00 ptg – 5.00 ptg
Bil.
Perkara
Catatan
1.
1.1.      Penerangan konsep struktur subjek BMM 3105.
1.2.      Penerangan format KKBI dan folio seperti yang telah dilampirkan.
1.3.      Menerangkan bagaimana menyediakan lampiran tugasan.


1.
1.1        Apakah yang dimaksudkan dengan enjin carian?
Sumber Rujukan :




Lampiran : Rujuk Folder Bahan

1.2      Contoh-contoh enjin carian.
Sumber Rujukan :



Lampiran    :

 Tarikh            :  3 JANUARI 2013 ( KHAMIS )
Masa              :  2.00 ptg – 5.00 ptg
Bil.
Perkara
Catatan
1.
1.1     Apakah kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Sumber Rujukan :  



Lampiran             : Rujuk Folder Bahan

2.
Rumusan :







Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

........................................................                    ............................................................
(                                                       )                   (                                                        )


Tarikh : ......................................




Topik 1 : Katalog & Alamat Internet

Madah Bicara

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, suatu permulaan yang baru untuk tahun ini,2013. 16 Januari 2013 merupakan suatu tarikh yang mencatatkan bahawa  blog BMM3105 ( Aisya Sensei ) telah dibina,seiring dengan profoma Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105). Kami dikehendaki membina blog bagi memenuhi kehendaki Topik 5 iaitu Membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.




Setiap pelajar dikehendaki memilik blog BMM3105 dan blog tersebut akan sentiasa dipantau oleh pensyarah pembimbing. Blog ini merupakan blog kedua aku selepas blog http://aisyasensei11.blogspot.com/ . Terasa seakan-akan sukar ( pening juga sebenarnya ) untuk mengendalikan dua blog sekaligus, tapi aku akan cuba sedaya upaya bagi memastikan pensyarah berpuas hati dengan kemampuan aku.


p/s : sila beri tunjuk ajar :)