Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 18 April 2013

Definisi dan Konsep Kemahiran Membaca


KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

Konsep kemahiran membaca

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990), membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual. Tiga konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:

 membunyikan perkataan demi perkataan
 pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
 memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003), definisi membaca ialah:

 intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan
 proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik)
 keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-simbol tulisan
 gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

0 comments:

Post a Comment